Makin hari makin sebuk sehinggakan aku tak berkesempatan mengemaskini blog aku. Maaf lah kepada semua peminat-peminat ataupon "kipas-susah-mati"aku (terutama makcik laila..hak3). Sepanjang bulan ini, aku sering mencekik biskut munchy's dan minuman kegemaranku iaitu kopi radix kerna kekurangan budget serta kekurangan masa di cni. Ditambah pula kesibukan menyiapkan project C programming yang susah giler dan menyusahkan dan juga project mencipta hovercraft. HuHu. nasib baik sempat siap hovercraft tapi nak kene buat report psl bende tu plak! argHH !! tapi xpe, innALLAHma'assobirin. Huhu. InsyaALLAH , aku akn kembali aktif menge'BLOG' selepas sume project settle dan doakan juga final examku mudah dijwb. da nak dekat ni. Juz arOund Da coRneR ~~~! huk3. Dan xsangke byk gak artikel yg aku da produce kn..huhu...Lamenye aku berceloteh! assalamu'alaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
ISLAM bagai air yang jernih Di dalam bekas yang berdebu Zahirnya kotoran itu terlihat Kesucian terlindUng jua ISLAM bukan hanya di mata ISLAM hadir di dalam jiwa Biarlah salah di mata mereka Biar perbezaan terlihat antara kita Kuharapkan ISLAM kan dIterima Walau dipandang hina Namun hakikat cinta kita Kita yang rasa Suatu hari nanti Pastikan bercahaya Pintu akan terbuka Kita langkah bersama Di situ kita lihat Bersinarlah hakikat Debu jadi permata Hina jadi mulia Bukan khayalan yang ALLAH berikan Tapi KEMENANGAN yang nyata Kerana ALLAH lautan berapi Pasti akan kurenang jua
..::: BERJUANGLAH HINGGA KE AKHIR HAYAT WAHAI SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN :::,,,
Perempuan : awak cube tengok kat sane tu. Rilek je mamat tu pegang babi tu. Tak haram ke ? Muka macam melayu je kan ?
Lelaki : Ha aa... melayu murtad kot .. (sambil memegang perempuan tersebut)
LELAKI BESERTA BABI DI TEPI JALAN
Lelaki : apa kabar monokoru-chan? tak pe aku pegang ko. tak haram .cume kene samak je.
Babi : ade juga org nk usap aku ni..
kepada sahabat dan sahabiah sekalian, gambaran di atas hanya sekadar ilustrasi dan rekaan sahaja. jgn lah terlalu ambik serius ttg hal diatas, yg penting, pengajaran dari cerita diatas. sesungguhnya berpegangan anatara laki dan perempuan yg bukan mahramnya adalah sama sekali maupun BERCOUPLE ! jika mereka yg bercouple mengatakan, "kami couple tAPI TAK pegang tangan". Tapikan cuba kita kembali melihat kalam ALLAH,
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh satu perbutan keji, dan suatu jalan yang buruk
surah al-isra' : 32
Tuhan kita sendiri dan pesan, zina tu bahaya, jauhilah ataupun jangan dekati. Kita lihat dari segi luaran secara zahirnya pada COUPLE itu sendiri, itu sudah mendekati zina. bermanja-manjaan, mengeluarkan ayat2 yg meransangkan dan sebagainya. ( cewah, macam penulis ni pernah merasa la plak). Jelas menunjukkan couple ini menjurus kpd zina... jadi ... cube elakkan ye. Bkn ape, contohah kalau kita dah berkahwin ngan pasangan COUPLE kite tu, takut2 ALLAH tak redha. Bila ALLAH tak redha, ada kemungkinan kita tak dapat waris syurga ALLAH tu. sebab kita dapat masuk syurga bukan sebab semua amalan kita, tapi atas redha ALLAh. Wallahu'alam.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah. "Tak sangka awak sudahberisteri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya."Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak. "Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar. "Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini. Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya. "Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua. Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak? Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah. "Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas."Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu. "Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu. "Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah,Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah. "Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu. "Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya. "Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum. "Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang. Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini. "Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar. Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Fikri. SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI… TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU… JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI… TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN !! TAKBIR ! ALLAHUAKBAR!
p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^
ANGGOTA penyelamat Palestin berusaha membantu beberapa mangsa serangan udara Israel yang dihempap konkrit selepas bangunan keselamatan Hamas dibedil jet Zionis di Gaza, lewat kelmarin.
Menteri Yahudi petik kata-kata Obama sebagai 'lampu hijau' untuk serang Gaza
GAZA: Israel tidak mempedulikan reaksi antarabangsa mengenai kekejamannya di Gaza dengan meneruskan kempen ketenteraan pada hari ketiga bertujuan menghapuskan sama sekali pergerakan Hamas yang sehingga ini mengorbankan 318 orang dan mencederakan 1,400 lagi.Sikap Israel ini dicerminkan menerusi kenyataan Menteri Pertahanannya, Ehud Barak yang menyatakan Israel 'akan memerangi Hamas sepenuhnya' dibuktikan menerusi pengeboman secara besar-besaran di Gaza.
Beliau mengimbas kembali perbualannya dengan Barack Obama ketika bakal presiden Amerika Syarikat itu melawat Sderot di Israel, bandar yang sering menjadi sasaran militan Gaza, Jun lalu.
Barak memetik Obama sebagai berkata: "Jika ada orang melancarkan roket ke rumah saya ketika dua anak perempuan saya sedang tidur, saya akan lakukan apa saja untuk menghalangnya, dan saya rasa Israel juga akan melakukan yang sama. Itu yang dikatakan Obama dan itulah yang kami buat."
Israel juga dilihat sudah hampir mengerahkan pasukan keselamat
annya untuk melancarkan operasi darat di Gaza dan mula menempatkan kereta kebal dekat sempadan dan mengerah anggota simpanannya melaporkan diri.
Bantahan negara Islam terhadap Israel dapat dilihat di Iran, Lubnan, Syria, Turki, Indonesia, Malaysia dan Pakistan dan negara lain yang setakat ini gagal membawa Israel untuk berdialog.
PENDUDUK keturunan Arab melakukan bantahan antiIsrael di tengah kotaLondon meminta masyarakat antarabangsa campur tangan menghentikan kekejaman Zionis.
Antara tindakan lain negara Yahudi itu termasuk menutup kawasan sempadan itu daripada wartawan antara dua hingga empat kilometer dekat Gaza dan azamnya yang bersungguh-sungguh untuk membunuh pemimpin Hamas apabila mereka memusnahkan rumah seorang pemimpin pergerakan itu, Ismail Haniyeh.
Pengeboman bertalu-talu Israel lebih 300 serangan udara sejak tengah hari Sabtu lalu menyebabkan kemusnahan teruk di Gaza dan meruntuhkan bangunan sehingga berkecai. Pihak tentera berkata kapal perangnya juga melancarkan pengeboman terhadap sasarannya dari laut.
Salah satu serangannya terkena bangunan lima tingkat yang menempatkan bahagian wanita di Universiti Islam, sebuah simbol terkemuka Hamas di Gaza.
Kelmarin, pesawat Israel menyerang sebuah bangunan di kem pelarian Jebaliya di sebelah bandar raya Gaza, menyebabkan seorang wanita, seorang budak kecil dan tiga remaja perempuan terkorban, kata pegawai Kementerian Kesihatan
Gaza, Dr Moaiya Hassanain.
KERETA kebal Israel meronda kawasan sempadan
dekat Gaza pada hari ketiga kempen ketenteraan.
Di bandar selatan Rafah, seorang budak kecil dan dua abang remajanya terkorban dalam serangan udara yang mensasarkan seorang komander Hamas, kata Hassanain.
Di bandar raya Gaza, satu lagi serangan membunuh seorang lelaki dan isterinya. Sesetengah anggota keluarga yang tinggal bersebelahan bangunan Hamas, bertindak melarikan diri kerana bimbang mereka mungkin turut menjadi sasaran.
Persatuan Palang Merah Antarabangsa berkata hospital di Semenanjung Gaza sudah dipenuhi oleh terlalu ramai mangsa dan tidak terdaya lagi…
LIHATLAH SEKARANG RAKYAT PALESTIN KINI DITEKAN HABIS-HABISAN OLEH ZIONIST LAKNATULLAH !!
HAMAS YANG SELAMA INI MENJADI ORGANISASI JUGA PEMANGKIN PEJUANG-PEJUANG PALESTIN SELAMA INI MENJADI TIKUS DARI PANDANGAN MATA KEJAM ZIONIST MALAH MENUNGGU MASA UNTUK DIHAPUSKAN....WAHAI UMAT ISLAM SEKALIAN
DIMANAKAH KALIAN ?!?!
MASIHKAH ANDA HANYUT DENGAN BUAIAN DUNIA YANG HANYA SEMENTARA INI ?
TIDAKKAH ANDA KASIHAN DENGAN SAUDARAMU SENDIRI ?
TIADA GUNA JIKA HANYA MELAFAZKAN BICARA BAHAWA ANDA MEMBENCI YAHUDI JIKA MASIH MEMBELI BARANGAN YAHUDI !
TIADA GUNA JIKA HANYA MELAFAZKAN BICARA BAHAWA ANDA MEMBENCI YAHUDI JIKA MASIH BERANGAN-ANGAN UNTUK HIDUP SENANG PADA MASA HADAPAN !
TIADA GUNA JIKA HANYA MELAFAZKAN BICARA BAHAWA ANDA MEMBENCI YAHUDI JIKA MASIH TIADA USAHA ANDA UNTUK SAUDARAMU DIPALESTIN SANA !