Terjumpa plak video ni kt YouTube. Sangat Menarik dan saya harap selepas menonton ni, jangan terus menghukum atau bersetuju, cuba fikir dan fikir dan fikir dan fikir >>>> Gunakan akal yang dikurniakan ALLAH S.W.T .. Selamat Berfikir !
Sunday, June 21, 2009
Punca Sebenar Runtuhnya Stadium :::BREAKING NEWS:: Must Read !!

3 JUN : Pihak berkuasa terbabit yang menyiasat kes runtuhnya stadium itu telah telah menemui satu bukti yang sangat jelas dimana punca sebenar keruntuhan stadium itu berpunca dari perlawanan sengit antara 'otromen' dan raksasa jombos dari planet buri-buri dan ia disaksikan oleh beberapa pekerja dan orang kampung sekitar kawasan itu. Semasa perlawanan itu berlangsung ,......
Sunday, May 17, 2009
Warna - Warni KONVENSYEN MPP 09 ( must read )
"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami selama mereka sabar. Mereka meyakini ayat-ayat Kami."
( As Sajadah : 24 )
...Yang Penat Menaip....
'IBnu Ahmad'
( As Sajadah : 24 )
Ayat yang mana ALLAH S.W.T coretkan dalam kalamNya dan yang ditunjukkan ini memang mengena dengan kisah yang ingin aku ceritakan ini.Pada 15-20 mei 2009 berlangsung Konvensyen Kebangsaan MP
P seluruh IPTA bertempat di UTHM. Mahu dipendekkan cerita, aku sebagai Ketua Jawatan Kuasa Kolej Kediaman hanya diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis. Bagi kesempatan ini juga aku ambil kesempatan untuk melihat dan memerhati sendiri bagaimana Mahasiswa2 bersuara bagi menegakkan kebenaran dan mentang kemungkaran. Ternyata tidak sia2 aku hadir pada satu malam dimana pada 16 mei,pada pukul 8 mlm berlakunya sesi soal jawab antara pemimpin Mahasiswa dengan Yang Berbahagia Dato Saifuddin Abdullah iaitu Timb Menteri Pengajian Tinggi 2 juga merangkap AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA.

Bermulanya majlis Itu dimana Yang Berbahagia Dato Saifuddin Abdullah memberi muqaddimah yang cukup mantap sebelum berhadapan dgn pemimpin2 Mahasiwa yang dilihat tidak dapat duduk diam kerana tidak sabar mengemukakan persoalan2 yang mahu dilontarkan. Maklumlah, soalan2 yg disimpan sudah cukup panas dan mendidih dalam hati pemimpin2 Mahasiswa ini. Tiba masanya pemimpin Mahasiswa diberi peluang shj, bertalu2 soalan diberikan dan dijawab oleh Dato saifuddin. Mmg cukup panas didalam dewan itu td hingga aku yang mengantuk sebab tak cukup tidur pun boleh terjaga balik utk melihat gelagat mereka mempersolkan isu semasa , ada yg bersuara lantang,ada yg merendah diri tp soalannya sgt pedas dan sebagainya.
Mmg tersangat BEST malam tu. Antara soalan yang panas macam biasa la, tentang AUKU mesti menjadi persoalan yang pertama sekali diajukan. saudara MOHD RIDZUAN BIN MOHAMMAD
, YDP MPP UM dgn lantang mempersoalkan ttg AUKU perlu dimansuhkan dan diikuti dengan pemimpin Mahasiswa Universiti yang lain dan seterusnya. Dengan mantapnya soalan yang diajukan tidak kira muslimin mahupun muslimat. Membara2 kepanasan keadaan dalam dewan tu meskipun air-conditioner yg dipasang dalam dewan sudah mencapai tahap maksimum kesejukannya.
Sesi soal-jawab ini mengambil masa lebih kurang 4 jam tanpa henti. Sememangnya dahsyat. Dari sekecil2 masalah sehingga masalah yang cukup besar. Kesian pulak tengok Dato Saifuddin yg umurnya menjangkau 40-an tu berdiri di rostrem selama 4 jam mendengar persoalan yg diajukan oleh pemimpin Mahasiswa ini.huhu. Jadi, itu je la yang aku nak berkongsi pengalaman dpt join konvensyen MPP ni. Jadi, tiada apa yg perlu diperkatakan, ckp sampai sini je la. Ingat lagi kata2 Dato Saifuddin dimana ORANG MUDA ADALAH ASET YANG MANA DIA MEMPUNYAI PELBAGAI IDEALISME YG MASIH FRESH DAN MANTAP JADI GUNAKANNYA UTK MENERAJUI NEGARA INI.lebih kurang camtu la. kATA2 DARI PENULIS INI PULA,Yang penting, kita terajuilah negara dengan pasaknya adalah ISLAM berpandukan aL-Qur'an dan Sunnah. . .
buku terbaru Dato' Saifuddin Abdullah , 'Politik Baru'

...Yang Penat Menaip....'IBnu Ahmad'
Tuesday, April 21, 2009
Cerita BEsT !! ~ Mari ketahui ttg BULU MATA anda

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak,ada seorang hamba ALLAH sedang diadili. Ia dituduh bersalah,menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu".
"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh kekiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya ada dia bersendirian. Makanya ia pun menyanggah," Manakah saksi -saksi yabg kau maksudkan? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu."
" Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.
Tiba-tiba mata angkat bicara,"Saya yang memandangi."

" Hidung pun tidak ketinggalan,"Saya yang mencium.
" Lidah menambah,"Saya yang mengisap.
" Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meramas.
" Kaki menyusul "saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

" Nah kalau dibiarkan,seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang pebuatan aibmu itu." ucap malaikat.

Disusul oleh telinga," Saya yang mendengarkan.

" Hidung pun tidak ketinggalan,"Saya yang mencium.
" Lidah menambah,"Saya yang mengisap.
" Tangan meneruskan,"Saya yang meraba dan meramas.
" Kaki menyusul "saya yang dipakai lari ketika ketahuan."
" Nah kalau dibiarkan,seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang pebuatan aibmu itu." ucap malaikat.
Orang tersebut tidak tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan kedalam neraka jahanam.
Padahal,rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia sedang dilanda kesedihan,sekonyong-konyong terdengar suara lembut dari selembar bulu matanya. "Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi." "silakan." kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yang lengang, aku pernah dibasahi dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji bahawa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya dibasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.Maka saya,selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, Orang tersebut di bebaskan dari neraka dan ddihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni syurga:
"Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."
Thursday, April 2, 2009
Dato' Siti NuRHaliZa Melawat Tuan GuRu NikAbdul Aziz Bin Nik MaT~

Biarpun pertemuan ini singkat namun menziarahi Tok Guru seorang ulama' besar tanahair tentu sahaja meninggalkan kesan yang besar dari jiwa artis tersebut .
Ziarah Tok Guru tidak sama dengan ziarah pemimpin politik biasa biarpun Tok Guru juga adalah seorang tokoh politik terkenal tanahair . Namun pengaruh spiritual pada dirinya meletakkan beliau sebagai ulama' sufi yang haraki .
Pengalaman saya bersama Tok Guru , setiap detik kita disampingnya terasa diri sedang berada dalam dewan kuliah yang dihujjahi oleh pensyarah . Mutiara ilmu dan hikmah bagai dihidang dihadapan kita . Memandang wajah Tok Guru sejuk rasanya hati . Kesannya terbawa - bawa dalam diri kita biarpun telah lama pertemuan itu berlangsung .
Timbul semangat ingin menambah koleksi ibadah dan lebih penting , melalui pengalaman pahit maung sebagai seorang pejuang yang dilalui oleh Tok Guru terlakar digaris kedut wajahnya dan menjadi inspirasi kita untuk terus istiqamah berjuang .
Saya harap Siti juga dapat merasakan perkara yang sama , sekurang - kurang timbul dalam hatinya untuk berubah meninggalkan dunianya yang penuh fitnah dan mazmumah . Paling tidak , hilanglah salah faham terhadap kepimpinan Tok Guru yang selama ini ditohmah sebagai ulama' yang jumud dan primitif .
Selepas ini , saya juga mengharapkan lebih ramai para artis mengunjungi para ulama' - ulama' yang berjuang untuk mendaulatkan Islam di negara ini agar dapat melihat dan mendengar sendiri misi dan visi perjuangan para ulama' .
Subscribe to:
Posts (Atom)