Thursday, December 10, 2009

Kelahiran Cahaya Mataku (^^P)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca.. kali ni dengan gembiranya aku ingin mendedahkan satu berita yang mana aku telah telah mendapat cahaya mata.. cahaya mata saudaraku.hehe.sory cket, single lagi tapi...ehem2.baik, daripada gambar diatas anda lihat ini adalah anak saudaraku yg ke-7 , pergh! pecah rekod aku.haha Kalo diteliti daripda salasiah adik beradik aku, aku mempunyai 4 org adik beradik dan aku anak yg ke-4.ketiga-tiga mereka telah berkahwin dan baby yg baru ni adalah anak dari kakak yg ke-3. Dan tinggal aku sorang je yg belum dari disentuh oleh mana2 dara.suci lagi tau! xpernah dan takkan couple.haram woo..hoho Dan aku jugalah satu2nya anak yg tinggal yang menjadi harapan keluargaku utk membina biah solehah dalam institusi keluargaku yg agak tipis pemahaman agamanya. moga2 bakal ehemku dari org yg terbaik yg ALLAH telah janji dan pilihkan dan juga keluarga baik dan terkenal hatta popular di kalangan penduduk langit.Insyaallah.



" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya utk ALLAH S.W.T"




Wednesday, October 28, 2009

Iklan Air Asia : Bermoral atau Tidak?




TERKEJUT MONYET , TERGIUR (member disebelah), BERISTIGHFAR (member dihadapan) setelah kami TERTONTON sebuah iklan yang mengiklankan sebuah iklan tentang syarikat penerbangan tempatan, AIR ASIA yang mana merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang merupakan saingan utama MAS di Malaysia ini. Apa tidaknya, iklan yang mana menceritakan pengalaman pertama kali seorang kanak-kanak menaiki sebuah pesawat syarikat AIR ASIA ini penuh dengan kenangan manis, tetapi kenangan manis saling tak tumpah macam perangai SHIN CHAN. Iklan ini memuatkan beberapa gambaran kurang bermoral yang ditonjolkan yang memberi impak seronok bagi kanak-kanak tersebut untuk menaiki sekali lagi pesawat itu. Sungguh memalukan. Yang peliknya, bagaimana Malaysia terutama media elektronik kini yang dengan begitu mudahnya meluluskan iklan ini untuk dipertontonkan oleh segenap masyarakat di Malaysia ini. Kerajaan perlu memberi keterangan yang kukuh tentang apa yang berlaku sekarang ini. Fikir2kan lah!















Saturday, October 24, 2009

Lakonan bergaya pertamaku..hoho




assalamu'alaikum semua... harap sihat2 belaka dan sentiasa istiqamah dalam beribadah kepada ALAH hatta mencari rezeki dan study engineering pun dikira sebagai ibadah selagi niat kita kerana ALLAH... ye, sekarang aku ingin berkongsi sedikit pengalaman yang tidak seberapa ni tentang bagaimana aku menghabiskan masa sehari aku untuk shooting video promotion UCITV (university interactive television) yang mana organisasi ni bertanggungjawab dalam memajukan UTHM dalam bidang multimedia dan pengacaraan. mcm TV3 la kononnya. haha.tapi cara diorg editing dan memenyediakan video da mcm TV kat malaysia ni la. Video yg inipun merupakan seorg pelajar praktikal dari UiTM yang mengeditkan. Kire ok la tu. tp mantap a. smart jugak.hehe. dibawah terdapat beberapa gambar aku dan rakan-rakan artis yang lain sedang menjalankan pengambaran. Kini video juga sudah diuploadkan didalam youtube. klik pada link ini .. >>> video promo UCITV

Tuesday, October 6, 2009

MPMUM, PMIUM jumpa Kartika

Perak 6 September 2009 05:45p.m │ Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bersama-sama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah bertemu empat mata dengan Kartika di kediamannya pada 4hb yang lalu.
Majlis mahasiswa berkenaan diwakili Timbalan Bendahari 1 Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan, Setiausahanya Shah Rizul Ayuni Bt Zulkiply dan Pengerusi HELWA Maryam Muneerah Bt Ahmad sementara PMIUM diwakili oleh Timbalan Presiden PMIUM sendiri saudari Fasihah Binti Mohd Pauzi. Pertemuan empat mata yang bertujuan untuk mendengar perkara sebenar daripada Kartika juga memberikan sokongan moral itu mendapat sambutan baik daripada keluarga beliau memandangkan mereka adalah antara pihak yang datang berjumpa dengan beliau tanpa ada apa-apa kepentingan politik. Menurut Kartika sebelum ini beliau banyak menerima kunjungan daripada badan-badan politik dan NGO sementara tidak banyak antara mereka yang memberikan sokongan malahan mendesak beliau untuk menarik semula keputusan tersebut. Beliau bagaimanapun tetap dengan keputusan beliau dan telah bertemu sendiri dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bagi meminta pandangan dan nasihat. Ada juga rakan beliau yang beragama Budha memberikan sokongan berikutan meminum arak juga dilarang dalam agama tersebut.

Talk Khas Kartika
Sementara itu, MPMUM akan menganjurkan talk khas bersama Kartika yang dijadualkan bersempena Festival Mahasiswa Universiti Malaya (FEMINA) bagi memberi ruang kepada mahasiswa berdiskusi sendiri dengan Kartika. “Isu Kartika bukan hanya sekadar isu arak, sebat, dan undang-undang syariah Malaysia namun, ia juga adalah masalah pemimpin, rasuah dan kezaliman. Kami (HELWA MPMUM) dalam proses untuk mengadakan talk khas Kartika di Universiti Malaya,” respon Ayuni Beliau juga menegaskan bahawa seluruh mahasiswi berdiri di belakang untuk menyokong keputusan Kartika dan menyeru agar seluruh rakan kampus Universiti Malaya dan IPTA lain memberi sokongan penuh terhadap beliau.


Friday, August 7, 2009

Solat Jiwa Tuan : apa itu solat bagi kita sebenarnya?? ( most read ever )



Solat Jiwa Tuan
“Adakah kamu tahu mengapa umat Islam sekarang susah nak khusyuk dalam solat?”
Senyap. Atau mak selalu kata, sengap.
“Sebab umat Islam sekarang solat dengan jiwa tuan”

Apakah yang dimaksudkan dengan solat dengan jiwa tuan?





Dari Aspek Waktu.
Dalam surah Taha ayat 14 Allah berfirman, “Dan tegakkanlah solat untuk berzikir kepadaku.” Jelas sekali, solat adalah satu manifestasi perhambaan kita kepada Al-Khaliq. Solat adalah medan latihan untuk membuang daki-daki dosa, mencantas perasaan ujub, takbur, riya’ dan sebagainya. Solat adalah tunas berpupuknya keikhlasan. Bak kata seorang Imam terkenal, solat ini ada tiga keistimewaan iaitu; khusyuk, ikhlas dan zikrullah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...