Wednesday, November 12, 2008

Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna


Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna

Demikianlah tegas seorang Naqib mengenai konsep usrah. Beliau menyatakan usrah itu bukan hanya kita membicarakan pemikiran Hassan Al Banna, bukan sekadar kita menghafal ayat Al Quran, bukan sekadar membaca satu-satu bab, dan minggu depan sambung bab lain.

Konsep usrah menurut beliau harus diperluaskan lagi. Menurutnya pernah satu hari sebelum mula usrah Naqib mengajak semua anak buahnya mengikut beliau. Lalu ikutlah 2-3 kereta, tak tahu naqib nak bawa ke mana. Lalu mereka sampai di hospital, naqib membawa anak buah menziarahi orang sakit, ada yang tengah nazak. Lepas tu di luar hospital naqib pun memberitahu anak buah, akan nikmat kesihatan, bagaimana kita semua harus memperbanyakkan amal, bila sudah sakit susah hendak beribadah, hinggakan ada anak buah yang menangis mendengar peringatan naqib. Kemudian mereka semua pun pulang ke tempat usrah hendak dimulakan, apabila sampai anak buah semua ingat baru nak mula usrah, naqib pun kata, usrah sudah tamat, kita tutup dengan membaca tasbih Kafarah dan Surah Asr.


Minggu lain pula Naqib membawa mereka ke restoran Tom Yam. Lalu Naqib suruh mereka semua makan. Anak buah semua rasa seronok, masing-masing orderlah mengikut nafsu. Lepas makan Naqib buat senarai, si A order ini order ini, kuat makan, si B order ini order ini, si C makan tak pandang kawan. Lepas tu ramai yang order teh dan teh tarik. Naqib kata Imam Hassan Al Banna tak suka minum teh dan semua jenis minuman yang ada kafein. Semua anak buah tunduk rasa malu, kalau tahu tak order apa, order air kosong saja nak tunjuk warak. Kemudian menyentuh amalan Hassan Al Banna yang suka berdakwah dengan orang ramai di kedai kopi, maka kita jangan hanya setakat baca riwayat hidupnya. Kita juga harus ada pendekatan untuk berdakwah menggunakan pendekatan yang sesuai di cyber cafe,pusat snooker dan sebagainya.

Pernah beliau di satu Felda jumpa dengan anak muda yang suka main gitar dari sebelum Maghrib sampai ke malam. Lalu Naqib tadi mendekati remaja tadi bukan untuk berdakwah tetapi mengatakanbunyi gitar budak tadi tak sedap. Tuning tali gitar tak kena katanya, walhal Naqib tadi tak tahu satu benda pasal gitar. Lalu Naqib tadi offer pada budak tadi untuk betulkan tali gitarnya dirumah. Naqib tadi pergi sampai Segamat suruh kedai Cina betulkan tuning gitar. Lama kelamaan Naqib tadi kamceng dengan budak tadi. Lama kelamaan budak tadi sendiri tak main gitar. Jadi,perluaskan konsep usrah kita, sesuai dengan perkataan usrah itu bermaksud ...KELUARGA . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...