Wednesday, October 28, 2009

Iklan Air Asia : Bermoral atau Tidak?




TERKEJUT MONYET , TERGIUR (member disebelah), BERISTIGHFAR (member dihadapan) setelah kami TERTONTON sebuah iklan yang mengiklankan sebuah iklan tentang syarikat penerbangan tempatan, AIR ASIA yang mana merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang merupakan saingan utama MAS di Malaysia ini. Apa tidaknya, iklan yang mana menceritakan pengalaman pertama kali seorang kanak-kanak menaiki sebuah pesawat syarikat AIR ASIA ini penuh dengan kenangan manis, tetapi kenangan manis saling tak tumpah macam perangai SHIN CHAN. Iklan ini memuatkan beberapa gambaran kurang bermoral yang ditonjolkan yang memberi impak seronok bagi kanak-kanak tersebut untuk menaiki sekali lagi pesawat itu. Sungguh memalukan. Yang peliknya, bagaimana Malaysia terutama media elektronik kini yang dengan begitu mudahnya meluluskan iklan ini untuk dipertontonkan oleh segenap masyarakat di Malaysia ini. Kerajaan perlu memberi keterangan yang kukuh tentang apa yang berlaku sekarang ini. Fikir2kan lah!















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...