Wednesday, November 26, 2008

Tiada Isteri Sehebat Aliyah Isterinya!!! !!


Aliyah " Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak.Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.


Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.


"Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis. Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.


"Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang menggilai wanita yang jauh lebih muda. "Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu- dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak. Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.


"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis. "Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham," Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar- benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah. Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg," Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

************ ********* ********* ********* *********
Kepada: Asraf Mukmin, Suami tersayang...


Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abg yang dikasihi, Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.



1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...



2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya
ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg...


3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...


Abg yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.



Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg...Aliyah sayangkan Abg...


Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.
Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah. Salam sayang, Aliyah


Najihah binti Mohd Hazery




Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!

Thursday, November 20, 2008

TENTANG LANGIT <<< INDAHNYA >>>

Semoga ini boleh membuka perspektif dan menambah keimanan kita.

SUBHANALLAH..............
Semoga menjadi renungan bersama penciptaan Tuhan SWT,
betapa kebesaran, keagungan, kemuliaan, dan kesombongan hanya milik Tuhan semata.......

Luar biasa!!!

Pernahkan Anda membayangkannya?



Pada waktu benda-benda angkasa ini diperbandingkan


kita menjadi sedar betapa kecilnya bumi dan kita para penghuninya.


angkasaraya yang sangat besar.


Dalam skala ini bumi kita tidak kelihatan lagi



Di sini matahari hanya sebesar debu!

Antares adalah bintang ke 15 yang paling terang di angkasa.

Jaraknya lebih dari 1000 tahun cahaya dari bumi.

Lalu . . .
siapakah kita?
apakah tujuan hidup kita?
Apa yang membuat hidup kita, manusia, berharga?
Masihkah kita boleh menepuk dada & berkata "inilah aku!"...??


DARIPADA FIRMAN ALLAH S.W.T


190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;



191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.


surah ali-imran : ayat 190-191



Wednesday, November 12, 2008

Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna


Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna

Demikianlah tegas seorang Naqib mengenai konsep usrah. Beliau menyatakan usrah itu bukan hanya kita membicarakan pemikiran Hassan Al Banna, bukan sekadar kita menghafal ayat Al Quran, bukan sekadar membaca satu-satu bab, dan minggu depan sambung bab lain.

Konsep usrah menurut beliau harus diperluaskan lagi. Menurutnya pernah satu hari sebelum mula usrah Naqib mengajak semua anak buahnya mengikut beliau. Lalu ikutlah 2-3 kereta, tak tahu naqib nak bawa ke mana. Lalu mereka sampai di hospital, naqib membawa anak buah menziarahi orang sakit, ada yang tengah nazak. Lepas tu di luar hospital naqib pun memberitahu anak buah, akan nikmat kesihatan, bagaimana kita semua harus memperbanyakkan amal, bila sudah sakit susah hendak beribadah, hinggakan ada anak buah yang menangis mendengar peringatan naqib. Kemudian mereka semua pun pulang ke tempat usrah hendak dimulakan, apabila sampai anak buah semua ingat baru nak mula usrah, naqib pun kata, usrah sudah tamat, kita tutup dengan membaca tasbih Kafarah dan Surah Asr.


Minggu lain pula Naqib membawa mereka ke restoran Tom Yam. Lalu Naqib suruh mereka semua makan. Anak buah semua rasa seronok, masing-masing orderlah mengikut nafsu. Lepas makan Naqib buat senarai, si A order ini order ini, kuat makan, si B order ini order ini, si C makan tak pandang kawan. Lepas tu ramai yang order teh dan teh tarik. Naqib kata Imam Hassan Al Banna tak suka minum teh dan semua jenis minuman yang ada kafein. Semua anak buah tunduk rasa malu, kalau tahu tak order apa, order air kosong saja nak tunjuk warak. Kemudian menyentuh amalan Hassan Al Banna yang suka berdakwah dengan orang ramai di kedai kopi, maka kita jangan hanya setakat baca riwayat hidupnya. Kita juga harus ada pendekatan untuk berdakwah menggunakan pendekatan yang sesuai di cyber cafe,pusat snooker dan sebagainya.

Pernah beliau di satu Felda jumpa dengan anak muda yang suka main gitar dari sebelum Maghrib sampai ke malam. Lalu Naqib tadi mendekati remaja tadi bukan untuk berdakwah tetapi mengatakanbunyi gitar budak tadi tak sedap. Tuning tali gitar tak kena katanya, walhal Naqib tadi tak tahu satu benda pasal gitar. Lalu Naqib tadi offer pada budak tadi untuk betulkan tali gitarnya dirumah. Naqib tadi pergi sampai Segamat suruh kedai Cina betulkan tuning gitar. Lama kelamaan Naqib tadi kamceng dengan budak tadi. Lama kelamaan budak tadi sendiri tak main gitar. Jadi,perluaskan konsep usrah kita, sesuai dengan perkataan usrah itu bermaksud ...KELUARGA . .

Saturday, November 8, 2008

~ STuDy Kerana ALLAH ~ (elecTric CircuiT TheOry)


" Ya ALLAH , . . . camne nak buat soalan ni ?? "

ini la dialOg yang selalu diungkapkan tatkala tak dapat selesaikan soalan 'TEORI LITAR ELEKTRIK' pabila FINAL EXAM pun menjelang tiba. Perkara ni sudah menjadi aDat bagi pelajar aliran kejuruteraan elektrik UTHM terutamanya pelajar-pelajar sectiOn 3 (KULIAH AKU a TU . .HAK3) . Bukan setakat buku yang dipersalahkan , tak pasal-pasal lecturer pun kene sekali . Antara alasan yang famous yang sering diperdengar ialah dengan mengatakan lecturer ni tak bagus la , mOdul tak kencang (BAGUS) la dan sebagainya. Macam-macam . Kekadang saya pun suka bagi alasan macam ni gak, bukan setakat sekarang malah sejak dari sekolah dulu dah terbiasa. Menyalahkan macam-macam. Tak pernah nak salahkan diri sendiri. hUhU . tengah2 syOk2 salahkan lecturer , teringat lak dulu masa saya kat matrikulasi melaka. Waktu tu bulan RAMADHAN , dan pada waktu petang tu plak dipenuhi dengan aktiviti tadarus di SURAU 'IBADURRAHMAN . hari tu pulak kebetulan terlalu letih kerana ada program yang perlu diuruskan . Tepat jam menunjukkan pukul 6.35pm , 'PEHE' iaitu merangkap naQib tadarus saya message. "ade ktne , da lame ana tggu anta ni sham , yg laen sume da dtg. " . Dengan rasa malasnya terus membalas message tu. "sory a pehe,arini aku excuse ek.letih giler aa. . huhu" kemudian sahabatku pehe ini pun membalas . . "xpe a. nabi pun penah ckp yg manusia ni mmg ske beri alasan"

aduh , apa lagi . . . terguris la dihati ni .tapi tak pe ,TEGURAN YANG MEMBINA . . . . teringat pula satu ayat ni , sesungguhnya serendah-rendah ukhwah itu adalah berlapang DADA . huhu . sahabat punya pasal , terima la jugak . Rupa-rupanya , kisah itu memberi makna yang besar kepada saya kini . sejak daripada tu ,segala jenis masalah yang saya hadapi , saya cuba utk elakkan memberi alasan malah cuba utk mencari penyelesaian ataupun inisiatif supaya perjalanan kita yang akan dtg akan lebih mudah . ALLAH SWT dah coretkan dalam kalamnya yg teragung iaitu kitab suci AL-QUR'an dimana ,.

¨

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

al-INsYiRaH : ayat 5-6



suBhaNALLAH . . sejuk hati bila mata ni meratap satu persatu ayat ni. kiranya apa yang dapat diceritakan disini, kita sepatutnya berusaha seboleh mungkin , bukan menyalahkan seboleh mungkin !

DAN KEPADA SAHABAT2 SAYA YANG SEDANG BERJUANG UNTUK EXAM INI , STUDY LA SE'SMART' BOLEH DAN LETAKKAN KEPERCAYAAN UNTUK KEJAYAAN KITA PADA ALLAH ,BUKAN PADA BUKU ATAU LECTURER YG MENANDA KETAS KITA. NANTI DA SALAH AKIDAH KITA TU. JADI , SEMOGA REDHA ALLAH BERSAMAMU . TAKBIR ! ALLAHUAKBAR !


[STUDENT POWER]

(^-^)

Friday, November 7, 2008

aSsaLamu'aLaikum , aHLan WasaHLan



selamat datang ke blog yang tidak seberapa ni. mudah2an dapatlah semua orang mengambil pengajaran dan iktibar dari blOg ini (^-^)

:: sebarang komen mahupOn teguran adalah dialu2kan ::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...