Friday, July 24, 2009

Mimpi Yg Pelik , indah , sukar dilupakan ..dan . . .


Ini adalah kisah benar yang berlaku pada diriku pada 24 Julai 2009 , pada malam jumaat. Setelah tamatnya program di kolej kediaman iaitu program ceramah wacana ilmu yang mana aku sebagai pengarah programnya, terus terduduk di atas kerusi di bilik. aku pergi ke surau untuk membaca al-mulk,Setelah tamat baca al-mulk di surau, aku kembali semula ke bilik dan baring di atas katil kerana keletihan dan sakit kepala (migrain). Tak tahu kenapa.. disebabkan migrain, aku tak boleh nak tidur dan berjaga sampai 3 pagi. Kebetulan pulak malam tu adalah malam yang sangat sunyi. Ketiga-tiga rakan bilikku tiada di bilik. Macam dirancang pulak. Jam menunjukkan 3.03 pagi , tapi mata ni masih tak boleh lelap.



Tuesday, July 7, 2009

3.30 pagi ,4 Julai 2009 (Kisah Benar)


3.30 pagi 4 Julai 2009
(Kisah Benar daripada seniorku yang sudah bergelar doktor di Kem Askar Wataniah di Gerik ,Perak )







Aku yang sedang tidur terkejut.

”Doktor, Ahmad (bukan
nama sebenar) sakit perut. Ada di klinik...”

Lant
as hilang rasa mengantuk. Aku sedia tahu yang Ahmad (Mat) ada penyakit Prolapse Intervetebral Disc (terseliuh rawan tulang belakang) . Sebelum ini sudah dua kali dia kena serangan akut yang menyebabkan Ahmad tidak dapat bergerak. Aku fikir, dia kena serangan lagi. Tanpa lengah aku terus ke klinik.

Aku juga masih teringat, pkul 11 malam tadi, Ahmad yang memegang ubat Panadol dan ubat batuk kerana demam selsema, berkaraoke. Dia menyanyi sebuah lagu rock di tengah halaman kem kami. Aku ingat kerana aku menegurnya, masakan seseorang yang demam boleh berkaraoke.. ..


************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********

”Doktor, saya tengok ada ketulan diperut Ahmad. Apabila dipegang akan lari ke tepi dan ke dada..!!!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...