Sunday, May 17, 2009

Warna - Warni KONVENSYEN MPP 09 ( must read )

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami selama mereka sabar. Mereka meyakini ayat-ayat Kami."
( As Sajadah : 24 )

Ayat yang mana ALLAH S.W.T coretkan dalam kalamNya dan yang ditunjukkan ini memang mengena dengan kisah yang ingin aku ceritakan ini.Pada 15-20 mei 2009 berlangsung Konvensyen Kebangsaan MPP seluruh IPTA bertempat di UTHM. Mahu dipendekkan cerita, aku sebagai Ketua Jawatan Kuasa Kolej Kediaman hanya diwajibkan hadir bagi memeriahkan majlis. Bagi kesempatan ini juga aku ambil kesempatan untuk melihat dan memerhati sendiri bagaimana Mahasiswa2 bersuara bagi menegakkan kebenaran dan mentang kemungkaran. Ternyata tidak sia2 aku hadir pada satu malam dimana pada 16 mei,pada pukul 8 mlm berlakunya sesi soal jawab antara pemimpin Mahasiswa dengan Yang Berbahagia Dato Saifuddin Abdullah iaitu Timb Menteri Pengajian Tinggi 2 juga merangkap AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA.


Bermulanya majlis Itu dimana Yang Berbahagia Dato Saifuddin Abdullah memberi muqaddimah yang cukup mantap sebelum berhadapan dgn pemimpin2 Mahasiwa yang dilihat tidak dapat duduk diam kerana tidak sabar mengemukakan persoalan2 yang mahu dilontarkan. Maklumlah, soalan2 yg disimpan sudah cukup panas dan mendidih dalam hati pemimpin2 Mahasiswa ini. Tiba masanya pemimpin Mahasiswa diberi peluang shj, bertalu2 soalan diberikan dan dijawab oleh Dato saifuddin. Mmg cukup panas didalam dewan itu td hingga aku yang mengantuk sebab tak cukup tidur pun boleh terjaga balik utk melihat gelagat mereka mempersolkan isu semasa , ada yg bersuara lantang,ada yg merendah diri tp soalannya sgt pedas dan sebagainya.


Mmg tersangat
BEST malam tu. Antara soalan yang panas macam biasa la, tentang AUKU mesti menjadi persoalan yang pertama sekali diajukan. saudara MOHD RIDZUAN BIN MOHAMMAD
, YDP MPP UM dgn lantang mempersoalkan ttg AUKU perlu dimansuhkan dan diikuti dengan pemimpin Mahasiswa Universiti yang lain dan seterusnya. Dengan mantapnya soalan yang diajukan tidak kira muslimin mahupun muslimat. Membara2 kepanasan keadaan dalam dewan tu meskipun air-conditioner yg dipasang dalam dewan sudah mencapai tahap maksimum kesejukannya. Sesi soal-jawab ini mengambil masa lebih kurang 4 jam tanpa henti. Sememangnya dahsyat. Dari sekecil2 masalah sehingga masalah yang cukup besar. Kesian pulak tengok Dato Saifuddin yg umurnya menjangkau 40-an tu berdiri di rostrem selama 4 jam mendengar persoalan yg diajukan oleh pemimpin Mahasiswa ini.huhu. Jadi, itu je la yang aku nak berkongsi pengalaman dpt join konvensyen MPP ni. Jadi, tiada apa yg perlu diperkatakan, ckp sampai sini je la. Ingat lagi kata2 Dato Saifuddin dimana ORANG MUDA ADALAH ASET YANG MANA DIA MEMPUNYAI PELBAGAI IDEALISME YG MASIH FRESH DAN MANTAP JADI GUNAKANNYA UTK MENERAJUI NEGARA INI.lebih kurang camtu la. kATA2 DARI PENULIS INI PULA,Yang penting, kita terajuilah negara dengan pasaknya adalah ISLAM berpandukan aL-Qur'an dan Sunnah. . .


buku terbaru Dato' Saifuddin Abdullah , 'Politik Baru'



...Yang Penat Menaip....
'IBnu Ahmad'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...