Tuesday, October 6, 2009

MPMUM, PMIUM jumpa Kartika

Perak 6 September 2009 05:45p.m │ Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bersama-sama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah bertemu empat mata dengan Kartika di kediamannya pada 4hb yang lalu.
Majlis mahasiswa berkenaan diwakili Timbalan Bendahari 1 Ahmad Syazwan Bin Muhammad Hasan, Setiausahanya Shah Rizul Ayuni Bt Zulkiply dan Pengerusi HELWA Maryam Muneerah Bt Ahmad sementara PMIUM diwakili oleh Timbalan Presiden PMIUM sendiri saudari Fasihah Binti Mohd Pauzi. Pertemuan empat mata yang bertujuan untuk mendengar perkara sebenar daripada Kartika juga memberikan sokongan moral itu mendapat sambutan baik daripada keluarga beliau memandangkan mereka adalah antara pihak yang datang berjumpa dengan beliau tanpa ada apa-apa kepentingan politik. Menurut Kartika sebelum ini beliau banyak menerima kunjungan daripada badan-badan politik dan NGO sementara tidak banyak antara mereka yang memberikan sokongan malahan mendesak beliau untuk menarik semula keputusan tersebut. Beliau bagaimanapun tetap dengan keputusan beliau dan telah bertemu sendiri dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bagi meminta pandangan dan nasihat. Ada juga rakan beliau yang beragama Budha memberikan sokongan berikutan meminum arak juga dilarang dalam agama tersebut.

Talk Khas Kartika
Sementara itu, MPMUM akan menganjurkan talk khas bersama Kartika yang dijadualkan bersempena Festival Mahasiswa Universiti Malaya (FEMINA) bagi memberi ruang kepada mahasiswa berdiskusi sendiri dengan Kartika. “Isu Kartika bukan hanya sekadar isu arak, sebat, dan undang-undang syariah Malaysia namun, ia juga adalah masalah pemimpin, rasuah dan kezaliman. Kami (HELWA MPMUM) dalam proses untuk mengadakan talk khas Kartika di Universiti Malaya,” respon Ayuni Beliau juga menegaskan bahawa seluruh mahasiswi berdiri di belakang untuk menyokong keputusan Kartika dan menyeru agar seluruh rakan kampus Universiti Malaya dan IPTA lain memberi sokongan penuh terhadap beliau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...