Friday, July 24, 2009

Mimpi Yg Pelik , indah , sukar dilupakan ..dan . . .


Ini adalah kisah benar yang berlaku pada diriku pada 24 Julai 2009 , pada malam jumaat. Setelah tamatnya program di kolej kediaman iaitu program ceramah wacana ilmu yang mana aku sebagai pengarah programnya, terus terduduk di atas kerusi di bilik. aku pergi ke surau untuk membaca al-mulk,Setelah tamat baca al-mulk di surau, aku kembali semula ke bilik dan baring di atas katil kerana keletihan dan sakit kepala (migrain). Tak tahu kenapa.. disebabkan migrain, aku tak boleh nak tidur dan berjaga sampai 3 pagi. Kebetulan pulak malam tu adalah malam yang sangat sunyi. Ketiga-tiga rakan bilikku tiada di bilik. Macam dirancang pulak. Jam menunjukkan 3.03 pagi , tapi mata ni masih tak boleh lelap.








" ahh.. tak boleh jadi , mesti tidur! "
,
monologku sekuat hati. Terus aku ambil selimut menutup mataku.. tiba-tiba keadaan menjadi gelap kesayuan........... ................ .............. .............. Sejurus selepas kelamaan aku tertidur, aku terasa diriku berada di tempat yang agak salju keputihan..rasa semacam sangat. Bila lihat sekeliling, rupanya aku berada di atas meja berserta sehelai kertas dihadapanku. pelik . . dan apa yang menjadi tanda tanya, siapa pula perempuan yang berada di sebelah aku ni ?? ...



Bila ku tatap wajah perempuan itu, terkesima seketika... aku bagaikan terbisu dan tidak mampu berkata apa-apa. Wajahnya jernih , jelita dan ayu sekali. Bila dia alih pandangannya pada aku, jelas terukir senyuman diwajahnya. Bertambah seri tampak bagaikan tuan puteri dan makin lama makin tajam pandangannya padaku. seolah-olah pandangannya seperti seseorang yang telah jatuh cinta yang teramat sangat. sayup-sayup jernih pandangannya..tampak kemanjaan perilakunya tika tu. Tapi peliknya, dia tidak berkata-kata sepatah ayat pun , tapi masih menghulur senyuman yang sangat manis yang tak pernah aku lihat pada perempuan di dunia ini. Secara jujurnya aku sendiri telah jatuh hati pada senyumannya yang manis itu.. Tiba-tiba aku tersentak dan monolog sekali lagi . .




" Serius.. fokus.. fokus.. "
, sambil memandang kertas di hadapanku. (aku pun tak tahu kenapa aku melontarkan kata
-kata itu ketika tu). Tapi terasa teringin juga ingin menatap sekali lagi wajah perempuan itu sebab terlalu indah bagaikan tiada tandingnya dengan perempuan di dunia ni. Sangat manis dan mengasyikkan.. Bila ku pandang sebelah , nyata dia sudah hilang. Tapi dia berada tidak jauh dari pandangan dimana dia berada pada sebuah pintu yang disinari cahaya mentari dari belakang. Dia sudahpun berada diluar pintu tu, dan melemparkan senyuman yang manis lagi ikhlas sekali lagi sambil berlalu pergi seolah-olah kami akan bertemu sekali lagi. ..



...............


..........


...........

...........

.........

.........



akhirnya aku tersedar , dan tidak silap ,dalam keadaan mamai-mamai aku mendengar suara azan keluar dari laptop yang tidak jauh dari katil. . . dalam keadaan mamai.. aku melayangkan fikiran sendirian... . . . . . . . .







5 comments:

ayinn said...

salam ziarah,..
eh eh,.. btol ke ni??
haa,.. jage2,.. ekeke

IBnu AHMad said...

entah a.. mimpi biasa je kot.. huhu..

=P

Deep Down IN MyHeaRT said...

wei... bg tips skit.. ap mimpi dpt awek..
mane la tau ak mimpi mamat ensem plak...
huhuhuh...

mj ustad said...

bidadari datang meneman...
huhuhuhu...
lawatlah blog saya ea....

Fatihah Queteh said...

salam.. Dia nk bgi pringatan tu.. Dia dh tntukan 'bidadari' kat awk.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...