Sunday, June 21, 2009

Punca Sebenar Runtuhnya Stadium :::BREAKING NEWS:: Must Read !!



3 JUN : Pihak berkuasa terbabit yang menyiasat kes runtuhnya stadium itu telah telah menemui satu bukti yang sangat jelas dimana punca sebenar keruntuhan stadium itu berpunca dari perlawanan sengit antara 'otromen' dan raksasa jombos dari planet buri-buri dan ia disaksikan oleh beberapa pekerja dan orang kampung sekitar kawasan itu. Semasa perlawanan itu berlangsung ,......





 Raksasa tersebut telah menempeleng pipi kanan otromen itu lalu melambung jatuh di sebelah stadium itu. Malangnya otromen itu dengan tidak sengaja menempelak sipi di bahagian tepi stadium itu dan menyebabkan ia runtuh di bahagian tepi. Akhirnya setelah beberapa minit berlalu, otromen itu telah berjaya menumpaskan raksasa tersebut dengan hanya satu ayunan sinar cahaya ultra dari tangan kanannya tepat pada modulus oblongata raksasa itu. Setelah tamatnya perlawanan itu , pihak otromen telah memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan cuba membuat rundingan bersama pihak berkuasa tentang hal itu. Segala kata putus dari perbincangan itu akan diberitahu kelak. Sekian~~

**Kalau korang percaya berita ni, aku sarankan sila banyakkan muhasabah diri kerana korang sebenarnya masih dlm keadaan trauma dari result final utk semester baru-baru ni. huk3**
(^^)






3 comments:

Hunny said...

Salam bro,

kelakar entry ni. Akak iye2 la nak baca entry ni,rupa2nya kena tipu..wakena beb! hahaha..

Anonymous said...

"pihak otromen telah memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan cuba membuat RUNDINGAN bersama pihak berkuasa tentang hal itu."

hak9...

RUNDINGAN???

kah8...

mmg klaka laahh...

bgs3

pencinta ilmu said...

hrmm bgus gak breking news ni..kte cbe imaginasi dr sudut positif..huhu..kte anggap yg otromen n rksasa jombos tu pihak krjaan ngri n constructor yg bina stadium tu..oopss! leh ke gitu?? wallahu a'lam..Kuasa Allah jua yg meruntuhkan ssuatu bangunan itu..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...